Dalam menongkah arus globalisasi, manusia berlumba-lumba
mengejar kemewahan dunia yang tiada sempadan. Masing-
masing tidak mahu tercicir dalam melayari kehidupan yang
penuh dengan pancaroba. Namun, minat membaca dalam
komuniti masyarakat terutama golongan remaja masih
belum menggalakkan.
Salah satunya ialah mengadakan kempen kesedaran dengan
bantuan pelbagai pihak terutama pihak sekolah. Pelaksanaan
seperti menetapkan satu masa dalam jadual
persekolahan bagi memberi peluang kepada pelajar membaca
buku yang berunsurkan ilmiah di perpustakaan sebenarnya
mampu memberi kesan jangka panjang. Hal ini mestilah
dijalankan secara berterusan dan sistematik serta bukan
hanya sekadar hangat-hangat tahi ayam.
Selain itu, perpustakaan bergerak juga perlu diperbanyakkan
lagi bagi memberi medium dan ruang kepada pelajar di
kawasan luar bandar. Penggunaan perpustakaan bergerak
juga boleh dijadikan platform yang sesuai dengan
ditempatkan di kawasan tumpuan remaja seperti di pusat
membeli belah, taman permainan dan taman bunga. Melalui
strategi ini, kemudahan dengan prasarana yang lengkap
mampu menceriakan suasana melalui aktiviti berilmiah
yang mendatangkan manfaat.
Inisiatif penerbitan buku-buku ilmiah berkualiti juga mampu
memberikan impak yang besar dalam memberi pendedahan
kepada remaja. Hal ini seterusnya mendorong minat membaca
yang seterusnya menjana keterbukaan fikiran remaja.
Sememangnya amalan membaca bergantung kepada diri
individu, tetapi bantuan dan sokongan dari pihak luar juga
turut penting. Masing-masing mempunyai alternatif sendiri
dan terpulang kepada individu untuk mengembangkan minat
sendiri.
Tuntasnya, semua pihak perlu memainkan peranan bagi
memastikan golongan remaja berminat dan seterusnya
menjadikan amalan membaca budaya masyarakat Melayu.
Melalui pembacaan, seseorang akan berjaya dalam hidupnya
dari segi akademik, sahsiah dan moral. Oleh itu, amalan
membaca memberi seribu satu kebaikan bagi melahirkan
tenaga generasi muda yang berilmu lagi berkarisma
untuk memacu pembangunan negara pada masa akan
datang.
[nukilan,
Nor Azera Akma Mat Rifin_SMK Bunut Susu]
{Karya Cerpen_FokusSPM, Feb 2011}
Thursday, March 17, 2011
BacaLaH DaN AnDa Pasti BijaKsaNa =)
Posted by Cruel Love at 10:51 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment