BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

My Birthday'es

Saturday, April 16, 2011

sediy sgt...

sediy sgt...

Answer here

Would you rather hang out with a small group of friends or a large group?

large is better than small,,i hope so...

Ask me anything

Friday, April 8, 2011

What's your favorite clothing brand?

no "mood" mean i dun wanna answer it,,sorry...

Ask me anything

macam mana mahu terima kenyataan?

terima kenyataan?? emm...kenyataan yg mcmna, cinta, kehidupan??

Ask me anything

Thursday, March 17, 2011

Air Laut Itu Masin...???


Dia berlari mendapatkan ombak laut di Mutiara Beach Resort,
Langkawi. Dia tidak menunggu yang lain kerana terlalu teruja
untuk bermain air laut. Sedari tadi air laut seakan memanggilnya,
menunggu saat untuk diteroka. Disentuhnya air itu. Dimasukkan
ke mulut. Meskipun seperti garam tumpah, dia tetap tegar
merasanya. Matanya berkaca gembira. Bibirnya terukir senyum
bangga. Menampakkan baris gigi sedikit jarang kepunyaannya.

Dipijaknya pula pasir laut. Dirasakan teksturnya. Didekatkan
ke hidung, diambil baunya. Dia memanggil rakan-rakan supaya
lebih segera. Ambil gambar dia di laut Malaysia.

Selama 25 tahun, Khuder Bataa hanya melihat tanah dan gunung-
ganang serta bangunan konkrit di tengah kota. Berasal dari
Mongolia, dia dikunci oleh kawasan tanah dan berbukit[landlock]
serta tidak pernah sekali melihat lautan, kecuali di Internet dan
televisyen. Menyertai kursus Kewartawanan Antarabangsa anjuran
Malaysia Press Institude (MPI) memberinya lebih dari pengetahuan.
Dia mendapat pelbagai pengalaman.

Meskipun negaranya mengalami empat musim, dan musim dingin
boleh mencecah sehingga -26C, baginya itu bukanlah sesuatu luar
biasa jika hendak dibandingkan dengan melihat air laut. Merasai
sendiri air yang meliputi 60 peratus peta dunia sebuah cerita
menarik yang boleh dibawa pulang ke negaranya.

Memijak pasir, memegang kulit siput, membiarkan badannya dipukul
ombak, bermain bola di laut. Jika tidak kerana obor-obor yang
merosakkan sedikit harinya, Khuder mungkin akan berada sehari
suntuk di dalam lautan. Gatal di kaki akibat penangan obor-obor pun
tetap menyeronokkan baginya kerana itu juga pengalaman pertama.

Banyak yang pertama kali sepanjang dia berada di negara ini. Pertama
kali keluar negara. Pertama kali menaiki kapal terbang. Pertama kali
berada jauh dari rumah. Pertama kali melihat lautan. Melihatnya
merasai air laut, sedikit pun tidak dipandang janggal oleh peserta lain.
Malah rasa teruja dikongsi bersama. Mungkin kerana masing-masing
juga tahu bagaimana rasanya melakukan perkara baru buat kali
pertama.

Jika orang Malaysia berkunjung ke Mongolia sekalipun, tidak mustahil
akan ada orang-orang kita yang berbaring di atas salji, mengumpul
serta merasai salji menggunakan semua deria yang kita ada.

Sedang orang di sana sibuk mengunci diri di rumah daripada perlu
membenamkan kaki ke timbunan salji setinggi paras pinggang, kita
pula sibuk bermain dan bergambar dalam suhu yang lebih rendah
daripada paras beku. Semua itu kerana ia bukan satu kebiasaan
buat kita. Semua itu adalah pengalaman baru.

Maka tidak ada peliknya jika kita melihat ada orang merasai air laut.
Ada orang yang berbasikal di tengah panas kota. Ada yang membeli-
belah barangan yang tidak pernah kita hiraukan sebelum ini. Kerana
mungkin, itu semua adalah sesuatu yang baru atau pertama kali buat
mereka.

Kata orang, pengalaman pertama adalah sesuatu yang sukar dilupakan.
Baik atau buruk, kedua-duanya penting dalam perjalanan hidup
seseorang. Ia akan selalu diingati, akan selalu ada di kotak fikiran.
Oleh kerana itu, jika berpeluang menimba pengalaman baru jangan
dilepaskan. Ia umpama melepaskan satu siri berguna dalam kehidupan.

Seperti Khuder datang ke Malaysia sebagai peserta kursus. Khuder pulang
ke negaranya sebagai pakar. Khuder kini tahu bahawa "air laut itu masin".

~nukilan : Ani Nadila Yusof : ~
[Skrip Kehidupan_FokusSpm, Feb 2011]

BacaLaH DaN AnDa Pasti BijaKsaNa =)

Dalam menongkah arus globalisasi, manusia berlumba-lumba
mengejar kemewahan dunia yang tiada sempadan. Masing-
masing tidak mahu tercicir dalam melayari kehidupan yang
penuh dengan pancaroba. Namun, minat membaca dalam
komuniti masyarakat terutama golongan remaja masih
belum menggalakkan.

Salah satunya ialah mengadakan kempen kesedaran dengan
bantuan pelbagai pihak terutama pihak sekolah. Pelaksanaan
seperti menetapkan satu masa dalam jadual
persekolahan bagi memberi peluang kepada pelajar membaca
buku yang berunsurkan ilmiah di perpustakaan sebenarnya
mampu memberi kesan jangka panjang. Hal ini mestilah
dijalankan secara berterusan dan sistematik serta bukan
hanya sekadar hangat-hangat tahi ayam.

Selain itu, perpustakaan bergerak juga perlu diperbanyakkan
lagi bagi memberi medium dan ruang kepada pelajar di
kawasan luar bandar. Penggunaan perpustakaan bergerak
juga boleh dijadikan platform yang sesuai dengan
ditempatkan di kawasan tumpuan remaja seperti di pusat
membeli belah, taman permainan dan taman bunga. Melalui
strategi ini, kemudahan dengan prasarana yang lengkap
mampu menceriakan suasana melalui aktiviti berilmiah
yang mendatangkan manfaat.

Inisiatif penerbitan buku-buku ilmiah berkualiti juga mampu
memberikan impak yang besar dalam memberi pendedahan
kepada remaja. Hal ini seterusnya mendorong minat membaca
yang seterusnya menjana keterbukaan fikiran remaja.
Sememangnya amalan membaca bergantung kepada diri
individu, tetapi bantuan dan sokongan dari pihak luar juga
turut penting. Masing-masing mempunyai alternatif sendiri
dan terpulang kepada individu untuk mengembangkan minat
sendiri.

Tuntasnya, semua pihak perlu memainkan peranan bagi
memastikan golongan remaja berminat dan seterusnya
menjadikan amalan membaca budaya masyarakat Melayu.
Melalui pembacaan, seseorang akan berjaya dalam hidupnya
dari segi akademik, sahsiah dan moral. Oleh itu, amalan
membaca memberi seribu satu kebaikan bagi melahirkan
tenaga generasi muda yang berilmu lagi berkarisma
untuk memacu pembangunan negara pada masa akan
datang.

[nukilan,
Nor Azera Akma Mat Rifin_SMK Bunut Susu]
{Karya Cerpen_FokusSPM, Feb 2011}

Selamatkan Dunia =]

Hari ini semua orang bercakap tentang isu pemanasaan global.
Akhirnya saat yang dinanti-nanti oleh mereka yang prihatin
dengan keselamatan dan keadaan bumi menjelma pada 8
Disember lalu di Copenhagen. Persidangan perubahan iklim
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 2009 bakal menentukan
masa depan bumi yang semakin 'meraung dan menangis
kesakitan' akibat perbuatan tangan manusia itu sendiri.
Agenda utama mesyuarat adalah untuk mencapai perjanjian
baru mengenai pengurangan gas rumah hijau, selain mengumpul
berbilion-bilion dolar untuk menyalurkan bantuan dan
teknologi hijau kepada negara-negara miskin.

Kita dapat menyaksikan betapa ketaranya kesan perubahan
iklim kepada dunia. Lihat sahaja kesan kemusnahan yang
berlaku di sekeliling akibat dari kerakusan dari ketamakan manusai
demmi mengejar wang ringgit. Bukit yang jelas dan terkini diperoleh
didapati di Malaysia misalnya, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS)
melaporkan, saiz negara semakin mengecil sehingga jarak 40 meter
akibat hakisan pantai di 33 lokasi. Selain itu, suhu di negara ini
semakin meningkat kepanasan berbanding 20 tahun lepas.

Pelbagai kesan buruk yang semakin dan telah bumi rasai angkara
peningkatan suhu dunia. Pertama, peningkatan intensiti ribut
taufan. Bilangan ribut taufan kategori empat dan lima telah
meningkat dua kali ganda untuk beberapa dekad ini. Keduanya,
pulau di kawasan rendah tidak lagi sesuai untuk didiami kerana
aras laut yang kian meningkat. Ketiga, hutan ladang dan bandar
berhadapan dengan masalah penyakit yang dibawa oleh nyamuk.
Kerosakan habitat seperti terumbu karang dan hutan bermusim
akan menyebabkan kepupusan pelbagai jenis flora dan fauna.
Selain itu, suhu udara di Lautan Artik telah mencapai sehingga
4 darjah celcius sehingga mengakibatkan bongkah ais 'menggembara'
ke seluruh dunia.

Intihanya, isu perubahan cuaca dunia merupakan ancaman besar
kepada kehidupan bumi. Jika ia tidak ditangani dengan bijak,
maka kita terpaksa bersiap-sedia untuk berhadapan dengan
pelbagai bencana alam yang sukar diramal.

[Panduan Membuat Esei_FokusSPM,Feb 2011]

BIG BANG


Gara Gara Go!! (korean Ver.) - Big Bang Mp3
Musicaddict.com