Thursday, March 17, 2011
Jin Cerek AjaiB???
Seorang pemuda sesat di padang pasir yang panas terik, dia
berharap memiliki sebuah rumah untuknya berteduh. Tiba-
tiba pemuda itu terjumpa sebuah "cerek" [lampu ajaib]. Dia
kemudiannya menggosok cerek tersebut, keluarlah
makhluk jin. Bermulalah dialog antara pemuda dengan jin...
Jin : Eh! Apa gosok-gosok ni, geli lah..
Pemuda : Ek eleh..kan selalu begitu
Jin : Aku jin yang "beriman", bagi lah salam..
Pemuda : Assalamualaikum jin.
Jin : Walaikumussalam. Macam tu baru betul. Kamu nak
apa? Cepat sikit aku tengah main "games" ni
Pemuda : Aku nak sebuah rumah..??
Jin : Apa lah kamu ni,, aku pun tinggal dalam cerek, kamu
senang-senang nak minta rumah..?! Aku pukul baru taw!
[Reelaksssssss Sekejap_FokusSpm,Feb 2011]
Posted by Cruel Love at 8:51 PM 0 comments
Perangkap CINTA DigitaL
Hari itu tidak seperti hari biasa. Seawal pagi lagi Emy sudah membuka
komputer. Dia melayari internet, memasukkan email dan kata laluan
ke "laman sosial popular" berwarna "BIRU". Dia sabar dan tersenyum
menantikan laman itu terbuka. Selang beberapa minit dia dibawa ke
muka utama. Ada pesanan menarik untuknya di dinding profil. Dia menang
hadiah cinta!
Emy membuka pautan tersebut. Peluang mendapatkan iPhone 4 sempena
"Hari Kekasih" merupakan peluang yang terlalu rugi untuk dilepaskan.
Dia mahu menjadi peserta terawal hari itu bagi mendapatkannya.
Seraya itu diklik pautan.
Dia dibawa ke laman Google semula entah mengapa. Dalam kebingungan
dia cuba kembali ke "Facebook". Memasukkan email dan kata laluan
pengguna semula. Akaun anda tidak boleh diakses! Dia panik.
Terlalu banyak maklumat penting di dalam laman sosial itu. Beberapa
kali dia cuba mengaksesnya namun gagal seperti ada individu lain
yang sedang menggunakannya. Harapan iPhone 4 melebur. Tanpa
mengetahui hal sebenar, Emy telah tertipu. Tertipu mudah dengan
perangkap cinta dan tawaran dusta. "Hari Kekasih" tidak lagi indah.
Trend serangan dan sebaran "Malware" menerusi laman sosial
popular seperti ini sedang hangat dilakukan penjenayah siber.
Lebih-lebih lagi jika adanya sambutan atau perayaan tertentu,
penjenayah akan mengambil peluang membuat penipuan dan
serangan besar-besaran bagi mencuri identiti dan maklumat
mangsa. Ia dilakukan untuk pelbagai tujuan dan satu yang pasti
adalah untuk "mencuri wang".
Seperti mana bulan Februari, bulan yang sering dikaitkan dengan
"Hari Kekaasih", ramalan tentang serangan Malware sebegini turut
diperkatakan akan menyerang Facebook. Tahun lalu Spam dengan
subjek 'I Love You', 'You And Me', 'Loving You', dan 'In Your Arms'
digunakan untuk memancing minat mangsa melihat kandungan di
dalamnya. Kali ini mungkin berbunyi serupa. Pendek dan manis,
sehingga pengguna merasakan tiada apa yang perlu dikhuatiri.
Ramalan ini dibuat berdasarkan penemuan Spam dan bentuk serangan
Krismas lalu. Sejenis Malware dengan kod nama 'Christmas' hebat
menterang Facebook. Pengguna menerima mesej yang meminta mereka
membuka pautan new-christmas.com . Akibatnya Malware tersebut
tertanam ke komputer tanpa disedari dan mecuri Cookies yang dihantar
ke pangkalan data penjenayah siber.
Menerusi Cookies, penjenayah siber mencuri maklumat akaun "Facebook"
pengguna bagi menyebarkan Spam Malware kepada rakan-rakan mangsa
di senarai kontak pula. Rakan-rakan mangsa akan tertipu menjangkakan
pautan itu dikirim seseorang yang dikenali mereka dan begitulah seterusnya
umpama sebuah putaran ganas yang "tiada penghujung".
Spam menggunakan kuasa cinta, tidak lain daripada helah lama yang
bertopengkan wajah baru. Apabila tiba musim sebelum menjelangnya
"Hari Kekasih", penjenayah siber semakin sibuk melakukan kegiatan
tidak bermoral untuk mengaut keuntungan menerusi perangkap "cinta
dusta digital".
Ribuan kad elektronik dan e-mel Spam juga sudah membanjiri Inbox
pengguna. Spammer hari ini tidak lagi menggunakan cara lama menghantar
Spam dalam jumlah kecil. Spam pukal dihantar untuk menerobos masuk
ke e-mel dengan harapan pengguna akan tertarik dengan salah satu
daripadanya. Sekali terperangkap, komputer akan dijangkiti, maklumat
perbankan akan terdedah serta banyak lagi risiko boleh dihadapi
oleh pengguna.
Mengetahui persekitaran siber dan malware terkini boleh memberi
pengguna gambaran awal tentang serangan yang bakal dihadapi.
Serangan laman sosial adalah sesuatu yang hampir pasti untuk masa
kini. Tidak ada sebab mengapa penjenayah akan berhenti menyerang
laman sosial memandangkan "popularitinya" yang amat nyata.
Seharusnya semakin besar tawaran diterima, semakin curigalah
pengguna. Berhati-hati dengan pesanan cinta di "Facebook" kerana
ramalan menjangkakan serangan menggunakan subjek seperti
'Valentine' akan menerpa. Sekiranya anda menerima pesanan cinta,
periksalah dahulu agar tidak terluka. Terluka kerana perangkap cinta
di "dunia digital".
[FokusSPM,Feb 2011]
Posted by Cruel Love at 7:59 PM 0 comments
Orang Gila & Doktor
Ada dua orang gila yang sedang berbual-bual di Hospital Bahagia,Tampoi.
Orang gila 1 : Kamu tahu tak? [sambil berdiri di atas meja]
Orang gila 2 : Tahu apa?
Orang gila 1 : Aku ini "matahari" [sambil mengangkat tangannya tinggi-tinggi]
lihat lah dunia yang terang ini disebabkan oleh aku!
Orang gila 2 : [dalam hati] Jangan-jangan dia ini bertambah gila, aku mesti
lapor pada doktor biar dia diperiksa.
Sambil berlari orang gila 2 mencari doktor dan menceritakan apa
yang berlaku.
Orang gila 2 : Doktor, kawan saya itu "mungkin" bertambah gilanya.
Doktor : Kenapa?
Orang gila 2 : Benar doktor, dia naik ke atas meja sambil
mengangkat tangannya dan menyatakan dia adalah
matahari, dunia ini terang disebabkan olehnya.
Doktor : Jika begitu suruhlah kawan kamu itu turun.
Orang gila 2 : Jangan doktor, nanti kalau dia turun "gelap"
dunia ini...[???]
haha~
Posted by Cruel Love at 5:40 AM 0 comments
Nasihat =)

Seorang peguam berjumpa dengan kawannya yang bekerja sebagai doktor di sebuah kafe untuk minum petang bersama. Tiba-tiba datang seorang pesakit meminta nasihat daripada doktor. Setelah selesai pesakit itu kemudiannya beredar...
Doktor : Apa yang harus aku lakukan terhadap pesakit yang meminta nasihat selepas waktu kerja?
Peguam : Sesiapa sahaja yang meminta nasihat selepas waktu kerja, kau hantar bil kepadanya.
Doktor : Bagus juga idea tu.
Pada keesokan hari apabila peguam tiba di pejabatnya, dia membelek-belek surat di mejanya, dan... salah satu surat datang dari kawannya doktor...
"SILA JELASKAN BIL UNTUK NASIHAT SEMALAM"
Posted by Cruel Love at 5:14 AM 0 comments
Monday, February 14, 2011
AKU MASIH DARA

Sebuah filem yang menyentuh isu kerosakkan akhlak di kalangan remaja dan mengupas ragam kehidupan gadis-gadis zaman sekarang yang bebas dewasa tanpa bimbingan ibubapa yang terlalu sibuk mencari wang bagi menyara kehidupan. Aleesya, Sofea dan Hani merupakan tiga rakan rapat yang mempunyai latarbelakang keluarga yang berbeza. Masing-masing juga mempunyai pandangan berbeza tentang Islam, berdasarkan cara mereka dibesarkan oleh ibubapa masing-masing. Aleesya mempunyai didikan agama yang asas – boleh mengaji dan tahu sembahyang.
Namun, membesar dalam persekitaran yang serba moden dan sosial menyebabkan beliau leka pada tuntutan agama. Sofea pula dibesarkan tanpa didikan agama, Sofea dibesarkan dalam suasana serba kebaratan, Sofea tidak tahu solat dan tak tahu mengaji. Hidupnya penuh dosa dan noda sehingga dia kurang tenang walaupun mempunyai segalagalanya. Hani pula membesar dalam keluarga yang susah. Beliau kurang didikan agama lantaran ibubapa yang terlalu sibuk mencari sesuap nasi untuk mereka sekeluarga. Hani senantiasa menyalahkan ibubapanya dan adakala salahkan Tuhan kerana tidak mengubah nasib beliau sekeluarga. Untuk hidup senang, beliau mengambil jalan mudah, menjadi pengedar dadah secara kecil-kecilan dan menjerumus dalam hidup penuh noda, dunia yang mana semuanya ‘halal’.
Hani mendapat bekalan dadah daripada teman lelakinya, Zachery, yang merupakan ketua pengedar dadah di kawasan flat tempat tinggalnya. Perbezaan pandangan mereka tidak menghalang persahabatan mereka bertiga sehingga kemunculan Firdaus, sepupu Aleesya yang warak. Firdaus pentingkan hukum Tuhan dan beliau sedar, sebagai seorang Islam yang berpendidikan, adalah menjadi tanggungjawabnya untuk mendidik saudara Islam yang terlencong. Firdaus yang berasal dari kampung, datang ke Kuala Lumpur untuk mengikuti kursus keusahawanan, dan menumpang di rumah bapa saudaranya yang juga bapa kepada Aleesya. Menyedari Aleesya hilang arah, Firdaus sering menegur tindak tanduk Aleesya, menyebabkan Aleesya amat membenci Firdaus kerana terlalu ‘menjaga tepi kainnya’.
Namun, kehadiran Firdaus mulai mengubah diri Sofea yang mencari ketenangan. Sofea yang sudah puas hidup tanpa agama, menemui ketenangan apabila berkawan dengan Firdaus. Menerusi Firdaus, Sofea belajar tentang Islam dan mulai menyintai agama yang selama ini, sekadar status di kad pengenalannya. Kemesraan antara Firdaus dan Sofea, menyebabkan Sofea mula renggang dari Aleesya dan Hani. Sofea yang mahu Aleesya berubah mulai dimusuhi Aleesya yang menyangka Sofea berlakon untuk meniduri Firdaus. Apabila Sofea mengikut Firdaus ke kampung, bagi mendalami Islam tanpa gangguan, Aleesya semakin liar dan mula hilang pertimbangan sehingga sanggup mengikut Hani ke dalam dunia ‘pil khayal dan parti seks bebas’. Semasa mengikuti sebuah parti seks yang dianjurkan oleh Zachery, Aleesya ‘hilang dara’, menyebabkan beliau tersedar dari kebodohannya.
Hani yang sudah lama ‘hilang dara’ cuba tenangkan Aleesya dan memberitahunya, pada zaman sekarang, dara tidak penting. Menyedari beliau bukan dara lagi, Aleesya yang hilang maruah, mengambil keputusan untuk bertaubat dan mendekatkan diri dengan Allah. Beliau meminta bantuan Firdaus untuk mendidiknya juga menyelamatkan maruahnya dengan cara menikahinya. Aleesya ditemani Hani, pergi ke kampung Firdaus. Permintaan Aleesya menyebabkan Firdaus berada dalam dilemma, kerana Firdaus yang sudah tertarik pada Sofea, berjanji mahu mengahwini Sofea. Sofea pula memberitahu Firdaus bahawa walaupun dia hidup tanpa agama, dia masih dara kerana dia berpegang pada pegangan bahawa, ‘mahkotanya’ hanya untuk seorang lelaki yang boleh mendidiknya menjadi isteri yang baik.
Posted by Cruel Love at 2:11 AM 0 comments
BIG BANG
Gara Gara Go!! (korean Ver.) - Big Bang Mp3
Musicaddict.com
